Friday, January 30, 2009

Kafe Siber Kumpulan Yayasan


31 Januari 2009 - V-Tech Cyber Cafe, kafe siber pertama oleh ahli Kumpulan Yayasan telah selamat dirasmikan oleh Pengerusi Kumpulan Yayasan, Sdr Tun Faisal Ismail Aziz pada malam tadi di Pangsapuri Putra Damai, Jalan P11E, Presint 11. Pengusaha kafe ini adalah Sdr Shaiful Azlan Ibrahim dan Sdri Amrina Abdul Majid. Dalam ucapannya, Sdr Shaiful menyebut bahawa kafe siber ini menggunakan teknologi terkini untuk memastikan capaian internet boleh berlangsung dengan pantas. Dalam masa terdekat, kelas komputer juga akan diadakan untuk para penghuni dan anak mereka pada kadar yang munasabah agar mereka dapat memanfaatkan teknologi maklumat secara sepenuhnya dan juga mempunyai sijil bagi mengiktiraf kemahiran mereka. Sila klik slaid untuk menonton persembahan slaid dan untuk muat turun gambar.

No comments:

Post a Comment