Friday, January 30, 2009

Menggerak perubahan


Idea untuk menubuhkan Yayasan Pembangunan Modal Insan Putrajaya (INSAN) telah dilahirkan pada tahun 2007. Bagaimanapun ia hanya menjadi kenyataan pada bulan Disember 2008 apabila sekumpulan anak muda bersetuju agar 'Kumpulan Yayasan' memainkan peranan yang lebih aktif di dalam menggerakkan aktiviti golongan muda di Putrajaya. Matlamatnya mudah - agar potensi anak-anak muda digilap, dibimbing dan dijana semaksimum mungkin agar mereka dapat menjadi insan berguna dan menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahteraan kejiranan Putrajaya, khususnya dan negara amnya. Ketika ini sesiapa sahaja yang mempunyai idea, minat, bakat, kebolehan, kepakaran, kesungguhan, tenaga dan sumber dialu-alukan untuk menyertai Kumpulan Yayasan, menyertai sebarang program yang dianjurkan dan menyumbang di dalam segala agenda dan aktivitinya.

Kumpulan ini dipengerusikan oleh Tun Faisal Ismail (P16) dan dibantu oleh rakan-rakan seperti Mohd Iqbal (P9), Razali Daiman (P9), Md Noh Md Yunus (P16), Taufek (P9), Zaid (P16), Rusmizi Majid (P9), Ahmad Fadhil (Bob) (P8), Rozi Husin (P9), Nasru Shazwan (P9), Baharudin Husen (P9), Khairul Hamizu (P9), Azhar Abas (P9), Khairilanwar Khairudin (P8), Shahrel Azlee (P9), Annuar Ismail (P9), Nazim Md Nasir (P14), Khairul Amri Baharuddin (P9), Kamarulzaman Musa (P9) dan sejumlah rakan-rakan lain yang begitu komited di seluruh kejiranan Putrajaya.

Sehingga kini kumpulan ini telah terlibat aktif di dalam program Qurban 2008, Program Anugerah Kecemerlangan UPSR / PMR dan Penyerahan Bantuan oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Pertandingan Golf Kelab Pemain Golf Putrajaya dan Pertandingan Futsal Piala Y.B. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Selain daripada program-program tersebut, kumpulan ini juga akan menganjurkan sejumlah lagi program dalam masa terdekat ini. Kita nantikan kemunculannya!!!!!

4 comments:

  1. syabas bro..teruskan usaha memperkasakan umat melayu islam...kpc bunga pakma

    ReplyDelete
  2. tak payah la nak mengada gada sampai tahap tenuk nak buat yayasan la, nak buat kelab futsal la, nak buat kelab golf la. Setakat Tun Faizal tu boleh la kawan nak terima pegang jawatan tapi yang lain tu mengabihkan boreh je, kawan tak mau la nak mention apa silapnya barisan kabinetnya tapi memang malang Tun Faizal dapat kawan-kawan yang tak tau apa untuk membantu mengekalkan nyawa yayasan, kelab golf dan kelab futsal tu. menyesal la cepat wahai Tun, kalau tak nak tengok semua tu berkubur. Hasrat memang boleh direspect tapi tengokla nanti sama-sama la kita cari batu nesannya!

    ReplyDelete
  3. bukit_lanjan

    lu apa hal mau sibuk2. lu punya ketua pemuda apa bikin? balik2 benda lama - tarak perubahan lagsung. kalau macam ini lu sama lu punya ketua pemuda punya mentaliti, BN mati la kat Putrajaya. sudah la ketua pemuda lu tu tingkat 4, kasi malu saja sama UMNO. Berani Berubah.

    ReplyDelete
  4. taniah kepada Abg Tun semoga usaha tidak sia2.
    semoga segala kutukan akan memberi semangat dan cabaran kpd Abg Tun.jangan jadi macam Zaki lepas menang terus hilang yang tahu hanya kroni2nya shj................

    tapi yang paling penting musnahkan dulu haiwan perosak dlm kumpulan yayasan sbab kita tk suka talam dua muka.................

    ReplyDelete