Sunday, April 26, 2009

Elak belia terjerumus aktiviti, pemikiran tidak sihat

Putrajaya, 23 April 2009 - Majlis Penyerahan Meja Ping Pong kepada Ketua Pemuda UMNO Cawangan Orkid merangkap Ketua Belia Blok 6F, Sdr Anuar Ismail telah berlangsung dengan meriah dan lancar. Seramai sekitar 50 orang hadirin hadir pada majlis tersebut yang turut dihadiri oleh wakil Pegawai Belia dan Sukan Daerah Putrajaya, Pn Radiah.

Pengerusi Kumpulan Yayasan yang juga Pengerusi Penaja Kelab Sukan Komuniti Putrajaya, Sdr Tun Faisal Ismail bin Aziz dalam ucapan beliau telah menyebut tentang kepentingan untuk menarik golongan belia bagi bersama-sama merealisasikan matlamat kenegaraan. Menurut beliau, ketua-ketua belia di blok-blok dan kawasan rumah teres dalam kejiranan Putrajaya perlu segera memainkan peranan masing-masing agar golongan belia tidak terjerumus dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat dan pemikiran yang bersifat anti-kerajaan.

Majlis Penyerahan Meja Ping Pong ini telah disempurnakan dengan penyerahan meja ping pong kepada Ketua Belia Blok 6F, sdr Anuar dan Ketua Blok 6F encik Shaari. Selepas majlis penyerahan, sdr Tun Faisal sempat meluangkan masa dan menunjukkan bakat bermain ping pong menentang Ketua Blok 6F dan Ketua Belia 6F. Dalam permainan tiga set tersebut, pasangan Sdr Tun Faisal dan Timbalan Pengerusi Kumpulan Yayasan, Sdr Mohd Iqbal telah mengalahkan pasangan Ketua Belia dan Ketua Blok 6F dengan keputusan 2-1. (Gambar semasa majlis tersebut boleh dimuat turun. Sila layari slaid berkaitan di sebelah)

Tuesday, April 21, 2009

Liga Sukan Komuniti Putrajaya

Putrajaya, 22 April 2009 - Kumpulan Yayasan sekali lagi menunjukkan bahawa ia menentukan rentak pergerakan golongan pemuda di Putrajaya dengan terlibat menganjurkan Liga Sukan Komuniti bersama Kelab Sukan Komuniti Putrajaya. Empat sukan akan dipertandingkan secara liga, iaitu Bolasepak, Sepak Takraw, Bolajaring dan Bola Tampar. Liga ini dijangka akan bermula pada 9 Mei 2009 dan berakhir pada 24 Mei 2009. Maklumat mengenainya akan dihebahkan dalam masa terdekat. Tungguuuu.....

Majlis Penyerahan Meja Ping Pong

Putrajaya, 22 April 2009 - Malam ini bertempat di Blok 6F, Pengerusi Kumpulan Yayasan yang juga Pengerusi Penaja Kelab Sukan Komuniti Putrajaya, sdr Tun Faisal Ismail bin Aziz akan menyerahkan meja ping pong kepada ketua belia blok 6F, sdr Anuar b Ismail. Majlis akan bermula pada pukul 845 malam. Sdr Tun Faisal selaku Pengerusi Kumpulan Yayasan dan Pengerusi Penaja Kelab Sukan Komuniti akan menyampaikan ucapan dan diikuti dengan pertandingan ping pong secara bergu dijalankan secara kalah mati. Terbukti kumpulan yayasan mendahului dari segi program dan perjumpaan dengan golongan pemuda di Putrajaya.