Friday, February 27, 2009

Mesyuarat ke-2 Kumpulan Yayasan


Putrajaya, 26 Februari 2009 - Mesyuarat kedua Kumpulan Yayasan telah diadakan di Dewan Komuniti Presint 16. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Sdr Tun Faisal Ismail Aziz. Mesyuarat kedua ini adalah susulan kepada mesyuarat pertama di Mamak Kasturi dan bertujuan untuk melantik anggota Kabinet Kumpulan Yayasan dan merancang program sepanjang tahun Kumpulan Yayasan.

Dalam ucapan alu-aluan, Sdr Tun Faisal telah membentangkan visi dan misi perubahan yang ingin beliau bawa dalam kalangan golongan muda dan remaja di Putrajaya. Beliau telah menerangkan dengan jelas dan terperinci perancangan dan strategi yang boleh digunakan serta telah menunjukkan platform-platform yang boleh digunakan untuk menjayakan agenda perubahan di dalam Putrajaya. Pada waktu yang sama beliau telah membuka fikiran golongan muda di Putrajaya untuk melihat peluang-peluang di sekeliling mereka yang boleh diambil bagi menggerakkan agenda ekonomi golongan muda di Putrajaya.

Dari segi penggerak di peringkat induk, ahli mesyuarat secara sebulat suara telah memberi kepercayaan kepada Sdr Tun Faisal untuk terus mempengerusikan Kumpulan Yayasan. Sdr Mohd Iqbal yang merupakan Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Bahagian, Ketua Cawangan Kasturi dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi. Sdr Mohd Noh, mantan Ketua Pemuda Cawangan Teratai dan G2 Putrajaya telah dilantik sebagai Setiausaha; Sdr Razali Daiman, mantan Ahli Jawatankuasa Pemuda Bahagian, sebagai Penolong Setiausaha; Sdr Mahmud, sebagai Bendahari; Sdr Taupek, mantan Ahli Jawatankuasa Pemuda Bahagian, mantan Ahli Jawatankuasa Bahagian dan mantan Ketua Pemuda Cawangan Bunga Raya sebagai Pengerusi Biro Ekonomi. Turut dilantik di dalam Kabinet Kumpulan Yayasan adalah sdr Wan Azlan (Belia Usahawan), Zaid (Sukan - Takraw), Saiful (Sukan - Bola Tampar), Rusmizi (Sukan - Futsal). Beberapa jawatan lain akan diisi kemudian berdasarkan minat penggerak utamanya. (senarai lengkap anggota Kabinet Kumpulan Yayasan akan dimaklumkan kemudian beserta nombor telefon mereka)

3 comments:

  1. Tahniah atas usaha saudara Tun dan kawan-kawan yang sanggup menaburkan bakti walaupun tanpa apa-apa jawatan dalam pemuda Umno Bahagian. Ini lah yang dikatakan pemimpin berjiwa rakyat. Berusaha menolong orang lain. Begitu juga tahniah diucapkan pada semua yang hadir kerana sanggup bekerjasama membantu tenaga dan idea untuk terus berjuang bersama-sama INSAN. TAHNIAH.

    ReplyDelete
  2. Di sini saya menyeru pada kawan-kawan yang iklas dalam perjuangan supaya sama-sama kita menyokong saudara Tun Faisal dalam pemilihan EXCO Pemuda UMNO yang akan diadakan tak lama lagi...beliau terbukti saorang pejuang anak bangsa yang inginkan kemajuan pada pemuda putrajaya.. sepanjang saya mengenali saudara Tun, sudah banyak kebaikan yang telah dilakukan...caranya bekerja beliau amat efektif dan pantas..bersamalah kita war-warkan pada kawan-kawan kita di seluruh negara untuk memberi sokongan pada pemimpin kita saudara Tun Faisal..

    ReplyDelete
  3. Tahniah kepada Pengerusi Yayasan Saudara Tun Faisal diatas kemenangan Exco Pemuda Malaysia dan mungkin akan dilantik menjadi Ketua atau Naib Ketua Biro Pendidikan Pemuda Malaysia.Teruskan perjuangan saudara dan jangan lupa kawan2 terutama ahli2 pemuda putrajaya(yang menyokong saudara ) yang sentiasa bersama susah dan senang dan juga para pewakilan pemuda malaysia yang telah mengundi saudara tempohari.Buatlah yang terbaik untuk pemuda putrajaya dan juga pemuda malaysia.Selamat berjuang-Orkid

    ReplyDelete