
Idea untuk menubuhkan Yayasan Pembangunan Modal Insan Putrajaya (INSAN) telah dilahirkan pada tahun 2007. Bagaimanapun ia hanya menjadi kenyataan pada bulan Disember 2008 apabila sekumpulan anak muda bersetuju agar 'Kumpulan Yayasan' memainkan peranan yang lebih aktif di dalam menggerakkan aktiviti golongan muda di Putrajaya. Matlamatnya mudah - agar potensi anak-anak muda digilap, dibimbing dan dijana semaksimum mungkin agar mereka dapat menjadi insan berguna dan menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahteraan kejiranan Putrajaya, khususnya dan negara amnya. Ketika ini sesiapa sahaja yang mempunyai idea, minat, bakat, kebolehan, kepakaran, kesungguhan, tenaga dan sumber dialu-alukan untuk menyertai Kumpulan Yayasan, menyertai sebarang program yang dianjurkan dan menyumbang di dalam segala agenda dan aktivitinya.
Kumpulan ini dipengerusikan oleh Tun Faisal Ismail (P16) dan dibantu oleh rakan-rakan seperti Mohd Iqbal (P9), Razali Daiman (P9), Md Noh Md Yunus (P16), Taufek (P9), Zaid (P16), Rusmizi Majid (P9), Ahmad Fadhil (Bob) (P8), Rozi Husin (P9), Nasru Shazwan (P9), Baharudin Husen (P9), Khairul Hamizu (P9), Azhar Abas (P9), Khairilanwar Khairudin (P8), Shahrel Azlee (P9), Annuar Ismail (P9), Nazim Md Nasir (P14), Khairul Amri Baharuddin (P9), Kamarulzaman Musa (P9) dan sejumlah rakan-rakan lain yang begitu komited di seluruh kejiranan Putrajaya.
Sehingga kini kumpulan ini telah terlibat aktif di dalam program Qurban 2008, Program Anugerah Kecemerlangan UPSR / PMR dan Penyerahan Bantuan oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Pertandingan Golf Kelab Pemain Golf Putrajaya dan Pertandingan Futsal Piala Y.B. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Selain daripada program-program tersebut, kumpulan ini juga akan menganjurkan sejumlah lagi program dalam masa terdekat ini. Kita nantikan kemunculannya!!!!!